cerita tentang sahabat
Kak calm kt mana?
Shaza menghubungi saya lewat petang itu.
Oh, on the way balik kolej. Dalam bas.
Jom jumpa, ana perlukan buah fikiran. Ana kat upm ni. Jom makan same.katanya.
Boleh ja, kat food court ya.
Talian terhenti disitu. Kami berjanji unutk bertemu di food court 10 minit
kemudian.
Buah fikiran tentang apa agaknya sahabat saya inginkan. Fikiran bergerak
memprosesnya. Perkenalan saya dengan Ukhti Shaza ini bermula lebih kurang 4
tahun lepas. Latar belakang kami agak sama iaitu matrik labuan dan kemudian masuk upm. Shaza berasal dari
Melaka dan kini menetap di Sabah. Manakala saya berasal dari Sabah dan
menjalani praktikal di Melaka. Kira sistem barter lah.
Dia memang sahabat yang baik dan serasi. Paling sesuai untuk
dibawa berbincang.sembang lah apa sahaja. Isu semasa, ekonomi, sukan, kampus,
politik, agama, bab hati perasaan pun boleh. Dan paling penting dia berani
mematahkan ideaku dan keluar dengan hujah tersendiri. Kritis dan kreatif.
Saya sempat bermalam di rumahnya di Jasin, Melaka bulan
Novemeber tahun lepas. Kata orang, prasyarat dalam bersahabat nie, kita
hendaklah melakukan 3 perkara ni bersama. Makan, tidur dan bermusafir bersama.
Dengan melakuakan 3 perkara tersebut, kira kita dah masak dengan perangai
masing-masing dan kira setellah persahabatan tersebut.
Namun harus diingat, persahabatan ada ujiannya. Tidak
terkecuali saya. Kuncinya? Tolak ansur dan bersangka baik. Ingat detik indah
bersama.